Thursday, November 26, 2009

Salam Aidiladha

Posted by Syima ~Mama Kyra~ at 01:02 1 comments


Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidiladha" kepada semua kwn2 blogger yg sering meluangkan masa melwt blog tak seberapa ni :D
Ampun dan maaf seandainya terkasar bahasa dan tersilap bicara yg menguris hati mana2 pihak.
Bagi yg balik beraya di kg tu, berhati-hati di jalan raya ye. Smg ikatan kita berkekalan abadi.
Pssttt::
Tu gmbr masa raya haji thn lps...masa tu kyra baru 8 bln lebih.. :)

Tuesday, November 24, 2009

Congrats Papa Kyra!

Posted by Syima ~Mama Kyra~ at 07:45 2 comments
Last tuesday (17 Nov 2009 ) , mama ambil cuti bawa Kyra g ke konvokesyen papa Kyra..
Papa Kyra sessi belah petang..

Al-hamdulillah, akhirnya Papa kyra dah pun grad dan naik pangkat. Actually dah setahun papa abis degree tapi baru skrg dpt raikan kejayaan Papa!....
Masa Konvokesyen ke-6, nama papa tak naik dlm senarai graduan...maybe tercicir kot!...papa kata takde rezeki masa tu nak konvo..tu yg tggu smpi setahun baru nama masuk dlm senarai... Better late than never.. :D
Yg penting papa dah lega sbb berzaman nak abiskan degree ni, dari kami belum kawin smpila mama bersalinkan kyra baru papa abis study..... :D



To Papa Kyra..congrate again..wish you success in anything yo do..we will always support you :)
Thn dpn giliran mama plak convo! :D

Thursday, November 19, 2009

Birthday Party

Posted by Syima ~Mama Kyra~ at 01:46 6 comments

Aneesa 8th besday Party!
Date : 7 November 2009 (Saturday)

Time : 10.30am - 12.30pm
Location : Taman Melawati
Activities : Clown Show and Face Painting


2 mggu lps bawa aku bawa kyra ke besday Aneesa anak Kak Gee. kemain suka kyra bila dpt jumpa kwn2 sebaya dia..ke hulu ke hilir dia berjalan.. Time ni kyra tgh lasak, dah tak mau org dukung dia...Dah start berlari..yg penat masa nak kejar diala..laju tul kyra lari..aku yg cuak dan semput bila kyra nak berlari ke arah jalan raya. Kiranya masa ni ada adegan kejar mengejar :D




1st Dina Besday Bash
Date : 08 November 2009 (Sunday)
Time : 4.00pm - 7.00pm
Location : Kg Padang Balang, Gombak



Ahad pula, bawa kyra ke besday Dina, anak Azreen. Actually pg tu aku ada kelas dr 8.00pg smpi 3.30ptg. Pas abis kelas je, terus ajak hubby ke besday bash Dina. Tapi kami smpi lewat kul 6pm sbb nye kami bertolak dari rumah pas asar lebih kurang jam 5.15pm. Kamila tetamu paling last. Tu yg xde gambar kyra masa acara potong kek. Tapi sempat gakla bergmbr dgn kwn2 semua..ahaakkss..

Monday, November 16, 2009

Kyra oh Kyra

Posted by Syima ~Mama Kyra~ at 08:50 5 comments

Last weekend,aku ada exam. So kyra dan papanya duk rumah je la.Tak jln mana2. Pg sabtu kyra bangun awal. sblm aku kuar rumah aku bukakan channel cartoon network (CN) suh dia tgk kartun bg dia leka. Kalu dia sedar mama dia kuar nnt susahla mama nak bergerak.Sblm ni kyra tak suka tgk kartun.Tp sbb mama xde, dia bosan dia dah start suka layan kartun. Kdg bila kartoon tu ckp stupid! dia pun ikut ckp stupid..sabo je la..
Mlm plak kyra kemain susah nak tido awal. Plg awal pun kul 10mlm. Sjk umur kyra masuk 19bln, schedule tido kyra dah berubah. Dulu dia tido awal 8.30mlm, now jgn harapla, aku yg jadi tensen sbb nya selagi kyra tak tido selagi tu la aku tak dpt nak buat assignmt. Sblm tido kena layan kyra baca ABC. Ajar dia word A for Appricot, A untuk Ayam, B for Bananas, B untuk Burung..sampai aku dah bole hafal A-Z for what..dok tiap2 mlm ulang yg tu je. Kdg kita letih + ngantuk nak layan dia, mulala dia buat peel, jerit sana sini..huhu
Kyra oh Kyra...mcm2 perangai kyra sjk nak masuk 2 thn ni...smpi my MIL kata kyra ni nak berkawan, sok2 dah ada ADIK leka la dia tu..dah pandai bawa diri.. Ye ke? huhu

Tuesday, November 10, 2009

Injection 18 mths

Posted by Syima ~Mama Kyra~ at 00:46 3 comments

Sabtu yg lepas, barula berkesempatan nak bawa kyra inject utk 18 bln..Lmbt sebulan baru nak pegi klinik! Cian kyra kan....xpe doc pun tak marah. Kyra nangis kejap je time jarum masuk bontot..pastu dah elok dah tak nangis.. :D
Oh ye..sjk kyra start minum formula milk (FM), kaki dan tgn kyra mula mengelupas. Tak sesuai kot dgn susu dumex. Mama tkr dgn susu enfagrow A+. Still mengelupas jugak. So mama tnya doc psl hal ni. Doc kata bkn sbb alergic susu maybe sbb kyra suka main air atau berendam lama dlm air. Ye la kot, then doc bg ubat sapu krim kat tgn dan kaki. Akhirnya kulit kyra kembali normal :)
Pssttt : :
Al-hamdulillah kyra tak demam slps inject. Kyra masih menyusu bdn tapi belah mlm dan masa mama cuti je.

Friday, November 06, 2009

19 Hadis Rasulullah SAW mengenai wanita

Posted by Syima ~Mama Kyra~ at 09:08 2 comments
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Thursday, November 05, 2009

Betul ke?

Posted by Syima ~Mama Kyra~ at 08:20 9 comments
Sapa yg peknen thn ni bolela tgk calender cina ni...ahaaakksss... Aku pun tak tahu betul ke tak. Sbb berdasarkan my last pregnancy dulu,bulan permulaan kehamilan adalah bln Aug 2007. Dijangka bersalin awal Apr 2008. Maknanya aku akan dpt baby boy. Tapi yg lahir bb girl :D Lagipun aku tak paham penjelasan yg diberi dlm tuh. Nak kira permulaan bulan kehamilan atau tarikh jangkaan kelahiran baby. Korang paham tak makna "terkonsepsi"? Sapa2 yg paham hrp volunteer tlg jelaskan ye :)

Tuesday, November 03, 2009

Celebrate also?

Posted by Syima ~Mama Kyra~ at 01:21 0 comments

N3 yg lalu, aku ada bgtau psl lupa nak wish my hubby besday..ahaakkks..spt yg dijanjikan esoknya aku belikan juga small cake for him kat SR. Mlm tu,pas mkn mlm aku pun kuarkan kek dari fridge. Si kyra plak tak tido lagi.Dahla dia demam mlm tu, tapi ada hati gak nak tiup lilin dgn papanya :D Layan je la, asalkan kyra hepi :)
Pssttt ::
Kesudahannya aku juga yg kena abiskan kek tu. My hubby bknnya suka mkn kek. Hubby jamah secubit je. Dia tak suka mkn yg manis2 like coklat,kek,gula2,koktail dan biskut. Kyra suka kek tapi aku tak bole bg dia mkn byk, nnt cirit birit plak!

Monday, November 02, 2009

J Card Member's Day

Posted by Syima ~Mama Kyra~ at 07:50 6 comments
Khamis lepas kami ambil cuti gantian Deepavali. Kami ke Sunway Pyramid. Ada JCard sale up to 70%. Sebenarnya takdela byk sgt nak shopping. Mr hubby yg ajak aku,katanya nak beli suar slack dan baju kemeja. Kami tak bawa kyra, tinggalkan kyra kat rumah pengasuh. Susah nak shopping kalu bawa budak kecik ni. Lagi pun rugi je kalu tak htr kyra ke pengasuh sbb bayaran bulanan sama je wlpn tak htr kyra. Aku beli jeans dan blouse. Kyra plak aku belikan sehelai dress, sepasang baju dan kasut Disney.
Beli tak byk mana pun tapi habisnya beratus2 gak. Ntahla pelik plak.. cash ni asset cair.. lagi byk masuk poket, makin byk gak kuar belanja kan..brg dah mahal...keperluan dan kehendak manusia pula tinggi. Tapi takpe dpt RM40 voucher :D Kemain suka kyra dpt kasut baru, kehulu ke hilir dia pakai kasut baru dlm rumah.

Wednesday, October 28, 2009

Makan..makan..dan makan..

Posted by Syima ~Mama Kyra~ at 00:51 3 comments
Syawal sudah berlalu, tapi nampaknya masih ada lagi org buat open house selepas syawal ni. Sebenarnya mmg x cukup raya 30 hari di bulan Syawal. Puasa sebulan tp raya lebih dr sebulan, heheheh...
Di Sebabkan tak berkesempatan nak buat OH masa raya tu hari, byk sgt jemputan OH sana sini, so my MIL decided nak buat OH DeepaRaya kat rumahnya di Tmn Melati, Gombak sabtu lepas. Dan kami pun tumpang sekaki la menjemput kwn2 opis,kwn2 rapat dan team HLM (My friends FP) ke jamuan mkn2 di teratak bonda. :)


Menu semua my mil yg masak sendiri. Menu yg aku buat fruit coktail dan rojak buah. Coktail tu percubaan pertama. Dpt resepi dari kwn opis. Tak tahula jadi ke tak. Tapi aku tgk licin je. :D


Terima kasih pada kawan2 yg sudi hadirkan diri ke majlis raya yg serba sederhana tuh. :)
Maaf sekiranya terkurang makanan dan layanan mesra dari tuan rumah.
Pada yg sesat tuh, pas ni jgn serik dtg lagi ye :D
Pada yg tak dijemput tu,jgn berkecil hati.. actually jamuan raya ni last min my mil nak buat. Hari kamis tu baru nak bgtahu kami. So kami pun sempat jemput kwn2 yg rapat je. Tu pun ada gak yg tak dpt dtg. Kwn opis hubby sorang pun tak dtg..huhu..bengang tul my hubby. Nak ajak mkn pun payah katanya..mcm2 alasan.. ntahla..tak ajak kata sombong.. dah ajak beribu alasan.
Yg plg best semua HLM yg dijemput dpt hadirkan diri. Sampaikan my hubby pun pelik. Kwn yg baru kenal dlm alam maya lagi sporting dr kwn2 yg dah lama kenal. Dia org niela yg memeriahkan rumah my mil. Kalu takde depa ni tentu makanan tak abis cam thn lps.. Thanks a lot to HLM team. Syg korang!! smg hbgn kita berkekalan selamanya. Insyaallah ;)



Kyra plg suka kat bb Zarif (anak Ezan). Asyik pggl "baby" je. Bila aku bg semula Zarif pd Ezan terus kyra nangis2. Kyra ckp "baby"..aku ingatkan apala rupanya kyra suruh mama dia pegang baby tu lagi. AKu pun pegangla bb tu semula. Kyra plak suruh aku dukung dia. Sebelah kiri kyra sebelah kanan Zarif. Huhu. Mama Zarif dlm gmbr bwh skali tudung biru tu ye.


 

love ever after Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez